Tuesday, June 4, 2013

Sentuhan Berbeza Creative Elements


Melangkah ke alam perkahwinan merupakan suatu yang cukup indah bagi setiap pasangan. Dari detik pertunangan hinggalah ke gerbang bulan madu, ia merupakan satu pengalaman yang penuh bermakna. Sentuhan Berbeza Creative Elements ingin menawarkan pilihan pelamin dan persandingan yang unik bagi pasangan yang mencari sesuatu kelainan pada hari yang bersejarah ini.

Idea pelamin Creative Elements berkonsepkan susunan hiasan dalaman. Kayu menjadi unsur utama didalam rekacipta hiasan pelamin. Struktur pelamin direka khas bagi menggambarkan unsur Kemelayuan yang telah diadaptasi bersesuaian dengan masa kini. Aksessori hiasan dipilih rapi bagi menyesuaikan dengan pilihan susunan hiasan. Barangan hiasan yang digunapakai mempunyai kaitan dengan adat perkahwinan Melayu.

Terdapat 3 pilihan hiasan;
Warisan Nusantara, Manek Urai dan Pesona Anggun.

Warisan Nusantara
Konsep ini mengutamakan unsur tradisional Melayu dan budaya tempatan. Struktur dan hiasan kayu menjadi keutamaan. Aksessori seperti tempayan air, ranting kayu, pelita, pasu terracotta digunapakai. Bunga tropika Heliconia, daun keladi dan dedaun hijau menjadi penyeri hiasan Warisan Nusantara ini. Hiasan ini sesuai dikenakan dengan pakaian berunsurkan tradisional seperti baju pengantin bersongket penuh.



Manek Urai
Namanya diambil sempena nama sebuah pekan kecil di Kelantan. Hiasan Manek Urai mengutamakan hiasan manik kaca dan uraian kain yang dihiasi lampu. Kilauan dari manik kaca menjadi tarikan utama hiasan ini. Kayu tetap menjadi struktur utama tetapi dilembutkan dengan aksessori seperti lampu-lampu hiasan, barangan kaca dan kilauan. Bunga lili putih disulami dengan daun pandan besar menjadi penyeri hiasan Manek Urai. Hiasan ini sesuai untuk majlis malam dan sesuai dengan sebarang jenis busana pengantin


Pesona Anggun
Bunga dan dedaun menjadi unsur utama hiasan Pesona Anggun. Struktur kayu dipenuhi dengan pelbagai hiasan bunga, tumbuhan dan dedaun hijau. Aksessori seperti hiasan apungan bunga, uraian kain, hiasan lampu dan lilin wangi digunapakai bagi menambah seri. Hiasan ini sesuai untuk majlis bertemakan taman. Ianya sesuai dengan sebarang jenis pakaian pengantin.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi hiasan pelamin, gerbang, laluan, hiasan meja utama dan hantaran. Kami juga menyediakan khidmat perunding perkahwinan dan pakej perkahwinan penuh.


Monday, June 3, 2013

GALERI SENTUHAN BERBEZA CREATIVE ELEMENTS DI ALAM BUDIMAN, SHAH ALAM

Galeri kami kini berada di alamat;
13-1 Jalan Pulau Lumut P U10/P, Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, Selangor.


Hubungi kami di talian; 03.78.42.71.01 atau Afdhal 017.629.9662 / Fazilah 012.204.1053